Saturday, August 6, 2011

Liverpool!

I know nothing about Liverpool other than its famous player, Steven Gerrard. hehe! but my beloved boyfriend menaja tiket penerbangan pulang balik & tiket bola, jadi aku pun dengan senang hati jugalah ikut. hehe thank you sayang!

July 14 kami berangkat pergi KL, seawal jam 6 pagi flight. sampai KL sentral around 10+, jumpa cousin sekejap then we went straight to Pavilion. ada Liverpool punya gallery. lepas check in di hotel Prescott Inn Medan Tuanku (highly recommended), terus pergi stadium Bukit Jalil. baru training, sudah ramai.


berbaris agak lama juga sebelum dibenarkan masuk dalam. training untuk pasukan Harimau Malaya bermula dalam pukul 5 macam tu. Liverpool punya dalam jam 7. first time masuk stadium Bukit Jalil. best!

July 15, berangkat pergi Genting. tiket bas habis masa kami sampai di kl sentral dalam jam 11.30am. paling awal punya bas pun jam 1. so kami ikut uncle teksi yang sungguh friendly. dia bawa kami pergi kedai batik lah, kedai jual jam2 & barang kemas lah, sama kedai jual gelas? haha. yes. gelas yang bila kita letak air sejuk lama akan sejuk. 1 gelas mau rm400 ooo...dalam semua kedai, tiada satu pun kami beli! haha kesian uncle tu susah2 bawa kami pergi sana. tapi sebenarnya memang dia ada 'collaboration' sama tauke kedai2 tu kali. kalau kami beli, dia juga dapat komisen! last sekali dia bawa pergi kedai coklat di Genting. =D we spent RM160 juga lah beli coklat2 mau bawa balik KK! sampai Genting pun mau jam 3.30, ramai orang arabbbbb. cuci mata sekejap tengok orang2 lawa & hensem. hehe. jumpa kawan2 sana then check in di First World hotel. lepas rehat2, dalam jam 5 kami turun bermain di Theme Park! first game we tried was Flying Coaster!


best juga, agak scary sebelum start, tapi sekejap ja nda lama ni game. you have to pay rm12 kalau nda silap mau naik ni. lain bayaran, tidak termasuk theme park punya bayaran. sepanjang kami 'terbang' tu, aku ketawaaa non stop. haha too excited kali. then we tried Pirate Ship! okay..awalnya nampak boringggg..sekali naik atas..ada orang tu cakap "gilaaa eh!!" haha! agak terbang juga nyawa sekejap lah especially bila naik atas, kaki pun sengaja angkat. so bila turun terasa meremang juga bulu roma lah.


lepas tu kami naik Space Shot! my second time! hehe. the first was in 2009. memang gila lah masa tu. betul2 nyawa tertinggal di atassss. tapi bila naik kali kedua..masih terasa takut sikit, tapi tidak nervous sudah macam masa first naik tu. hehe. macam tiadaaaa ja bila naik. haha!

jangan takut. tiada apa2 juga tu. masih hidup juga kami ni. =P Genting ni best..tapi yang nda best..makanan minum semuaaa mahal. mineral water botol kecil pun RM2.50. ish. the next day, kami balik KL naik bas. sampai KL, naik monorail balik hotel, checked in (Prescott Inn) then went to Bukit Jalil. hari yang dinantikan tibaaaaa...penuh juga lah stadium! kami duduk palinggg bawah. =D best best! biarpun tiada perasaan sebab bukan orang Liverpool tulen, tapi aku sokong Malaysia!!


Game bermula tepat jam 5.45 petang. sepanjang game tu, ada juga aku rasa mengantuk sikit sebab penattt..kurang tidur & lebih banyak berjalan. mengejar masa kebanyakannya. tapi penat tu belakang cerita. yang penting trip ni fun! tidak sangka juga Malaysia boleh kasi gol sampai 3. woah..berabis melompat & cheering untuk Malaysia masa tu. memang happening habis lah. stadium lagi penuh. =D apa2 pun, tahniah buat pasukan Malaysia. sungguh bangga dengan diorang.

cabaran terakhir lepas game...mau pulang naik LRT. errrr....sungguh ramaiii orang. siap kena bagi kuota berapa ramai yang boleh naik station untuk tunggu LRT. biarpun bersesak2 begitu, aku nda kisah pun. pengalaman tuuu..haha kalau akan pergi lagi tengok bola, aku nda kisah bersesak2 begitu. sebab best! aku cuma takut terjatuh ja masa bersesak2 gitu. kena pijak2. boleh mati oo gitu. huhu scary.

naik LRT berhimpit macam dalam tin sardin. ada abang tu cakap "kuah sardin warna merah, kita semua pakai merah macam kuah sardin". haha! sepanjang dalam LRT tu, macam2 lawak dorang buat. setiap station LRT berenti, bila orang turun ja dorang nyanyi lagu 'Liverpool..Liverpool". meriah meriah meriah.

overall, trip ke KL sempena tengok Liverpool memang enjoy..fun..sangat best. tapi penat. aku balik KK terus sakit. dekat seminggu juga lah sakit.haha! punya lemah. I had a reallllllllll good time. thank you yang berkenaan!

No comments: