Monday, July 12, 2010

Solat

Sudah 3 malam hati aku nda senang. rasa gundah gulana seja. I wish I know what's bothering me. susah hati aku. bila sudah begini barulah terfikir mau solat. bukan aku nda ingat Tuhan..sentiasa ingat. setiap masa. not even a second pun aku terlupa. siapa lagi yang sentiasa bersama aku kalau bukan Allah S.W.T kan? so I searched 'surah-surah' on youtube. dengar berkali-kali sampai aku rasa tenang balik. syukur Alhamdulillah lepas dengar terus sedikit tenang.

Lama sudah aku tinggalkan solat. I don't think I ever sentuh sejadah tahun ni. hurm..bila lah hati aku kena buka untuk bertaubat ni..banyak betul sudah dosa ni. kadang2 aku rasa rendah diri tau bila nampak orang2 yang alim,bertudung,bersongkok. aku rasa segan kalau berkumpul or terjumpa orang begitu. last month, I went to my boyfriend's friend's wedding. baru semua yang datang pun alim2. perempuan2 bertudung. gaya dorang pun sopan seja. betul2 menjaga maruah sebagai perempuan islam. bila aku nampak gitu, terus aku bandingkan sama aku, sangat sangat sangat berbeza. betapa aku berharap boleh jadi macam diorang. paling last aku rasa TENANG betul2 masa Ramadhan 2004. sebelum tu pun ada tenang sikit2 sebab aku sudah start solat..sebab baru lepas patah hati kan. manusia..memang begitu. tidak dinafikan bila sudah ditimpa masalah, baru ingat Tuhan. baru sibuk mau solat. hurm..

Masa Ramadhan 2004 tu, solat lima waktu tidak lepas dari solat sunat Rawatib (solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardhu). betul2 tenang oo masa tu. dalam fikiran aku cuma nda sabar tunggu masuk waktu solat seja. ketagih mau solat. sebab lepas solat tu betul2 tenang. malam jumaat ja baca Yasin. nda lepas lagi pergi Terawih. itu lah paling last aku Terawih. lepas tu tiada sudah..well, nda lama lagi ni Ramadhan. aku mau start sudah ni solat balik. InsyaAllah..huhu. kasi kuat semangat aku Ya Allah...sampai bila aku mau begini. bukan makin muda. ajal tu bila2 sampai. scary.

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

No comments: