Sunday, August 15, 2010

=) This story is sooo meaningful!

Pada suatu hari di sekolah, seorang guru sedang mengajar mengenai kasih sayang. Seorang murid kemudiannya bertanya, "Bagaimana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Bagaimana pula kasih sayang itu hendak berkekalan?". Guru tersebut menjawab, "Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Setelah memetik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas".

Pelajar itu pun segera ke padang dan melakukan apa yang disuruh oleh guru itu. Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Guru itu bertanya, "Kenapa tiada rumput yang dipilih?". Murid itu menjawab, "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata pilih yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai penghujung padang, saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu pesan jangan menoleh ke belakang semula. Jadi tiadalah rumput yang saya petik,"

Guru itu tersenyum lantas berkata, "Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang telah berlaku tetap sudah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun lebih ramai lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi".


p.s. No matter how better boys/girls out there compare to your partner, your partner is always the best. that's why you chose them in the first place.kan?

No comments: