Saturday, August 7, 2010

Harta

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.

Harta boleh dicari. tapi kalau kerana harta keluarga berpecah belah, bagus jangan ada harta. kerana harta adik beradik bergaduh. tidakkah bodoh tu? kerana terlampau gila duit, beginilah jadinya. Allah bagi otak untuk berfikir dengan bijak, bukan untuk buat benda bodoh. begitulah jadinya kalau tiada pegangan agama yang kuat. aku ni bukanlah orang2 yang kuat agama, but at least aku pandai fikir yang harta tu bukan penting sangat. bukan boleh bawa mati. harta tu boleh tolong kita di akhirat nanti?? mana lah Allah tengok harta kekayaan yang kena kumpul. Dia tengok amalan di dunia.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.

No comments: